Wednesday, May 14, 2014

Healing Crisis?!

,
Assalamualaikum & Selamat sejahtera kawan2.

AlhamdulilLah diberi kesempatan untuk menulis.

Saya nak tanya kawan-kawan, pernah tak kalau korang atau kawan korang atau kawan kepada kawan korang, bila makan supplement ke..vitamin ke..jamu ke..makanan tambahan apa-apa lah kan..lepas aje makan, mula lah badan tu nak demam lah, letih lah, sakit kepala lah atau bermacam2 lagi ke'abnormalan' yang tiba-tiba terjadi pada badan korang? Pernah tak..

Ok, terima kasih..saya nampak awak angguk-angguk, yang baju hijau tu :p

Sebenarnya ini normal. Dan tak perlu bimbang selagi simptom-simptom tu tak berterusan. Keadaan ni orang putih panggil sebagai Healing Crisis. Orang melayu panggil Krisis Pemulihan.



Kalau saya..biasanya saya akan alami keletihan untuk1-2 hari pertama selepas mula-mula ambik vitamin. Kalau kawan-kawan pulak macam mana? 

Walaubagaimanpun, kita tak perlu risau sangat, kerana normal untuk sesetengah orang, mereka akan melalui satu jangkamasa penyesuaian apabila mula2 mengambil makanan tambahan. Simptom-simptom ni nampak seperti penyakit, tetapi yang sebenarnya TIDAK. Ianya adalah tindak balas oleh tubuh kita kerana kekurangan khasiat disebabkan tabiat pemakanan kita. Jadi, bila makanan berkhasiat dibekalkan (supplement), krisis pemulihan terjadi. 

Ibaratnya badan kita mengalami culture schock. Nak pikir macam ni pun bolehhh...:-p

Keadaan ni biasanya disebabkan toksin yang telah menimbun dalam badan kita. Selama ni kita stress, diet tak seimbang, fast food, makanan berkimia, lemak dsb semua nya menghasilkan toksin pada badan. Jadi bila datangnya supplement dia detoks (nyah toksin) badan kita, sebab tu kalau korang perasan, lepas makan Alfalfa paling kuat kena healing crisis kan..Sebab apa? sebab alfalfa tu sendiri agen detoksifikasi. Sebab itu, selalu kita sarankan untuk ambil Alfalfa secara berperingkat @ bukan banyak sekaligus.

Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan. Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Pada waktu detoks ni, ada kemungkinan kita jadi pening, lesu, sakit kepala, perut kembung, cirit birit, kencing keruh (atau coklat), berpeluh dsb. Lain orang lain simptomnya, namun ni semua tanda-tanda badan sedang di-nyah toksin dan biasanya paling lama pun 2 minggu. Tapi, saya sendiri biasanya alami dalam bebrapa hari saja, lepas tu dah ok.

Apa yang perlu kita buat semasa Healing Crisis ni?

Jangan risau kerana Healing Crisis sebenarnya adalah satu petanda yang baik - menunjukkan rawatan ataupun makanan tambahan yang diambil adalah berkesan. Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat menunjukkan daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku. Minumlah banyak air bersih (+-3 liter sehari), sentiasa berfikiran positif, rehat secukupnya dan banyakkan lah makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Selagi kita memahami ini semua adalah krisis pemulihan, inshaAllah kita akan berasa lebih mudah untuk melaluinya. 

Sekiranya kawan-kawan perlukan penjelasan lebih lanjut mengenai Healing Crisis ni, jangan segan silu untuk suarakan pertanyaan pada saya. InshaAllah saya akan membantu berdasarkan apa yang saya tahu.

Junainah, 019-3559426.
Perunding Shaklee Anda Yang Baik Hati!






0 comments to “Healing Crisis?!”

Post a Comment