Wednesday, May 21, 2014

Corat coret kehidupan...

,
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera..

AlhamdulilLah diberi kesempatan untuk menulis...

Setiap kali saya tulis blog sejak akhir-akhir ini, memang saya selalu tulis ayat di atas ni..dan saya benar-benar maksudkannya. Kadang-kadang saya 'plan' siap-siap dalam kepala nak tulis blog pada sekian-sekian. Tapi sudahnya yang terjadi, ialah 'Sekian terima kasih, blog anda tak terupdate-update'. Hehe..

Malam ni saya nak tulis pasal kisah semasa kami sekeluarga. Dah lama rasanya tak menyentuh sisi kehidupan, baik pasal diri sendiri, anak2, suami dan kawan-kawan.

Kehidupan kami kata orang so far, so good. Saya pun lebih happy daripada dulu. Sejak akhir-akhir ni, saya mula keluar dari rumah untuk berjumpa dan bergaul dengan kawan-kawan, baik kawan lama dan baru. Saya tak ingat bila kali terakhir saya habiskan masa join aktiviti luar baik gathering ke, perjumpaan ke dan yang sewaktu dengannya. Saya ingat dulu, saya selalu mengelak untuk join aktiviti 'jumpa-jumpa' ni lebih-lebih lagi lepas saya ada anak dan berhenti kerja, memang saya betul-betul terperap dalam rumah lah kata orang. Mungkin juga kerana saya seorang Introvert, ditambah rasa rendah diri sebab dah berhenti kerja (orang lain punyalah berharap dapat berhenti kerja, ni nak rendah2 diri pulak dia...Eh, tu dulu..jangan la marah..huhu), dan beberapa lagi faktor lain..saya memang tak suka bercampur orang atau senang cakap, suka buat hal sendirilah ni :-)

Tapi, sejak duduk di perumahan baru ni dalam tahun 2012 gitu..saya mula baiki diri sikit. AlhamdulilLah jiran-jiran sini sangat lah baik. Mereka sederhana - tak penyibuk dan tak juga tak ambik cakna langsung. They are just nice..kat tengah-tengah. Bagus lah kan? AlhamdulilLah rezeki ni, dapat jiran yang baik. Jangan ingat duit je rezeki tau?! Jiran, kawan2..semuanya rejki..AlhamdulilLah..Masa ni, saya buat bisnes baju kanak-kanak secara online. Tapi, punyalah bertuah, tak ada pun jiran-jiran saya yang tahu saya berniaga baju kahkahkah...Saya tak pernah beritahu (kata Online???) hehhe, sebab saya malu orangnya..Orang tak tanya, aku tak cerita ;-) Tapi yang kelakarnya, ada sekali tu diorang tahu pasal tengok iklan di Facebook, jiran depan siap tolong bawak baju-baju tu untuk tunjuk pada kawan-kawan dia..haha. Banyaklah jugak yang habisnya..Masa berniaga baju ni dulu, saya pernah beberapa kali juga jual kat Pasar Tani Kerteh dalam malu-malu tu. Dapatla juga rm200-300 setiap kali pergi. Yang besnya, tak payah bayar sewa tapak, cuma bayar rm3 ke rm5 aje (lupa dah..tapi murah kan). Kadang-kadang ada juga rasa nak tabik spring kat diri sendiri sebab berani berniaga kat Pasar Tani, dalam 4-5 kali jugalah kalau tak silap saya.

Gambo masa anak sorang. Ada gaya tokei jual baju tak..senyum 
meleret mesti sebab ada order masuk kat handphone lah tu hihihi

Jujur saya bagitau, bisnes baju kanak-kanak saya boleh tahan laku. Tiap-tiap hari tu inshaAllah ada je order yang masuk, memang kerja saya ulang-alik ke pejabat pos je lah kerjanya. Tapi, saya berhenti berniaga baju kanak-kanak, saya buat clearance semua baju-baju yang tinggal tu. Saya berhenti...sebab masa tu saya buat bisnes tapi urusan rumah selalu lintang pukang. Perkara tu buat saya terfikir-fikir, aku ni nak cari apa sebenarnya..Dulu berhenti kerja , nak jaga anak dan uruskan rumah tangga. Tapi, sekarang rumah tangga langsung tak terurus, sibuk nak bisnes aje..Berbaloi ke aku berhenti kalau jadi macam ni? Lagi satu, bisnes baju kanak-kanak ni sangat-sangat nak guna modal besar. Lepas untung, kena pusing modal laju-laju, sebab customer tak berminat nak beli pada seller yang ada stok sikit aje. Jangankan customer, kita tuan kedai ni sendiri pun segan nak buka kedai kalau barang sikit....Jadinya, berniaga laku, tapi untung tak seberapa kata orang..

Tapi walaupun dah berhenti bisnes tu, saya ambil ia sebagai iktibar dan pengalaman yang berharga. Dapatlah saya beli set meja makan sebiji hasil dari berniaga huhuhu..

Yang sebenarnya, bila saya fikir punya fikir, saya tak pandai nak uruskan masa saya waktu tu.Baru ada zuriat, baru berhenti, tak plan aktiviti..what do you expect (ok now i m speaking uolls jangan marah)?! Memang lah tak terurus kan. Heehehe. So lesson leart dia apa?

Kalau nak bisnes dari rumah sambil jaga anak, pastikan ada planning, planning and planning! Be it jadual ke, to-do-list ke, as long as kita tahu apa yang nak dilakukan, inshaAllah tak ada masalah.

Tengok sekarang, saya buat bisnes..anak dah masuk 3, tapi alhamdulilLah rumah saya jauh lebih kemas, saya banyak masak, boleh tanam pokok sikit-sikit..berbanding dulu. Err, cuma tang lipat baju tu je macam siput lagi hahaha..

Eh, jap..saya buat bisnes balik ke sekarang?!

Yerrrr..(Aku sendiri yang tanya, aku sendiri yang jawab)

Nak tahu bisnes apa?!! Tungguuuuuuu....

Banyak sangat nak menaip tak tidur pulak karang, esok nak bangun pagi-pagi nak siap-siap makanan anak nak bawak ke Majlis Hari Guru bla bla bla bla pot pet pot pet cot cet cot cett..(dah masuk alam separa sedar dah)




4 comments:

  1. Hik3. Dpt bayang sekali dgn gaya Kak Ju. LQC inspirasi saya dulu, masa memula nak jual Islamic Books for Kids.

    Bila lagi nak jumpa. Jom jumpa kat MMJ Hafsah.

    -Deeja comey ni :P

    ReplyDelete
  2. adik..kju tak dpt nak g MMJ. Tapi, Natinao Conference nnt inshaAllah g..hehe, c u there. mesti Deeja dpt byk award kannn

    ReplyDelete
  3. senyum je baca kisah ni..junior-junior semua dah hebat2..alhamdulillah

    ReplyDelete
    Replies
    1. waa kak ed!! sume kat atas ni otai2..segan plak rs..sorg otai blog..sorg lg otai penulisan..tq kak ed sudi menyinggah ke blog ju hehe

      Delete