Wednesday, May 7, 2014

Anak sakit, mak tertekan?

,
Salah satu sebab utama kenapa para ibu, lebih-lebih lagi yang bekerja menghadapi tekanan perasaan ialah kerana terpaksa berhadapan dengan masalah ANAK SAKIT...ANAK DEMAM..dan yang sewaktu dengannya..tiap-tiap bulan nak kena ambil MC..Emergency leave ..sampai tinggal sikit dah baki cuti..Nak cuti raya lagi?!


ALhamdulilLah saya seorang surirumah sepenuh masa, jadi kalau anak-anak jatuh sakit..saya cuma letih kerana berjaga malam saja. Tiada cuti, MC yang perlu saya nak risau..tapi, itu cerita lama dulu, sekarang anak-anak saya AlhamdulilLah dah lama tak sakit, dan saya sendiri pun dah lupa bila kali terakhir mereka sakit. Dulu-dulu , saya masih ingat, anak saya selalu juga demam panas berhari-hari, muntah, tiada selera makan..akhirnya terpaksa dikejarkan ke hospital berdekatan dan ditahan di wad. Sedih? Mestilah sedih..dan kasihan juga tengok anak, lepas acara demam panjang-muntah-masuk air , biasanya automatik badan anak-anak saya akan susut sedikit daripada sebelumnya..

Di sini saya nak kongsikan dengan kawan-kawan, apa yang saya buat selama tak sampai 2 tahun kebelakangan ni sampai anak saya jadi lebih sihat dan kurang sakit daripada sebelumnya.

Pertamanya, kita harus faham bahawa kanak-kanak yang selalu sakit ini tentulah kerana antibodi nya lemah dan tubuhnya kekurangan nutrisi.Salah satu cara yang paling berkesan untuk menguatkan antibodi dan 'mencukupkan' nutrisi anak-anak tentulah melalui kaedah pemakanan. Makan hari-hari, inshaAllah sakit pun lari! Cuba lihat anak-anak kita sedalam-dalamnya dan tanya pada diri kita sendiri...Cukup makan ke anakku ni? Kita sendiri ada jawapannya kan, sebab itu adalah anak-anak kita...bukan orang lain.

Ya betul..anak saya memang tak suka makan dan tak cukup makan pun dulu. Saya dah tahu masalahnya, jadi apa yang saya buat?

Pertamanya..saya bagi anak saya Mealshakes. Masa tu Humaira dah berumur lebih 1 tahun..dan Zahra hampir 4 tahun. Jadi tiada masalah nak bagi Mealshakes (kalau kurang daripada setahun, tidak digalakkan ya). Niat saya bagi Mealshakes pada kedua-duanya adalah untuk tambah selera makan budak-budak ni di samping menambah nutrisi sekali. Mealshakes kan ada 24 jenis vitamin dan mineral dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.Sehari, saya cuma bagi sesudu teh sahaja dan campur dalam susu. Selain tu, seingat saya, saya juga ada bagi ubat cacing pada Zahra. ALhamdulilLah, percubaan saya memang berhasil. Allah 'luluskan' uasaha saya..anak saya memang berselera makan selepas itu. Makan pagi- tengahari-malam dah tak menjadi satu masalah pada kedua-duanya.



Kadang-kadang, anak2 saya pun ada 'pow' saya punya chewable Vitamin C (100 mg dan sesuai untuk kanak-kanak), terutamanya Humaira. AlhamdulilLah, alhamdulilLah sangat.. memang mereka lebih berselera makan dan jarang sangat sakit selepas itu. Saya juga selalu berdoa semoga Allah tidak bagi sakit pada anak-anak saya..Doa ibu kan mujarab?!

Satu lagi tips yang saya nak kongsi dengan kawan-kawan ialah, luangkan masa untuk suap makan pada anak-anak kita. Ya, betul..anak-anak perlu berdikari dengan makan sendiri. Tapi, mereka kan masih kecil..luangkan kan lah sedikit 'quality time' dengan menyuap pada anak-anak. Percayalah, kalau anda suap anak-anak nasi + telur goreng + kicap sekalipun, tentu anak makan dengan berselera sekali. Oh ya! Jangan lupa untuk masukkan sedikit perasa 'kasih sayang'. Cubalah kalau tak percaya dan lihat hasilnya. Jangan lupa, hp, tab tolong tinggal tepi dulu dan anda tengok reaksi anak anda. Nanti mereka dah berselera untuk makan, boleh kita kurangkan menyuap sedikit demi sedikit, supaya mereka lebih berdikari.

Kalau lain orang, lain tekniknya..tapi itu yang saya cuba pada anak-anak saya dan sangat menjadi usaha dan teknik ini. ALhamdulilLah berat anak-anak saya pun makin bertambah seiring usia. Zahra (6 tahun) dari 13 kg sekarang dah mencecah 16 kg. Manakala Humaira (4 tahun) dari 11kg dah mencapai 13kg++. Anak-anak saya tidak obes dan tidak terlalu kurus. Cuma Zahra, dia tidak lah 'berisi' sangat berbanding Humaira..tapi ada kemajuan dalam beratnya dan dia juga jarang sakit.



Itu lah serba sedikit cerita saya..semoga berguna untuk semua. Sekiranya kawan-kawan ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Mealshakes, Vitamin C Chewable dan prooduk Shaklee yang lain, boleh terus hubungi (Call / Whatsapp / SMS) saya Junainah di nombor 019-3559426.

TQ!






0 comments to “Anak sakit, mak tertekan?”

Post a Comment