Sunday, April 13, 2014

Wake Up Call

,
Assalamualaikum wrt & Selamat Pagi~~

AlhamdulilLah diberi kesempatan oleh Allah untuk menulis pada pagi ini..

Setiap kali ada insan tersayang atau saudara terdekat meninggal dunia, pastilah akan memberi satu "wake up call" orang putih kata..terhadap banyak perkara, baik mengenai kepentingan kesihatan atau mengenai alam kematian itu sendiri.

Saya masih ingat setahun yang lepas, ketika arwah kakak saya yang ke 2 kembali ke rahmatulLah akibat kanser paru-paru. Arwah merupakan seorang kakak yang sangat baik. Beliau seorang yang kuat bekerja dan berniaga. Ditakdirkan Allah, beliau pergi dulu pada usia 42 tahun meninggalkan kami semua dan 5 orang anaknya yang masih kecil. Ketika itu, saya secara peribadi sangat memikirkan tentang alam kematian yakni alam barzakh.Berfikir keadaan di kubur, berseorangan. Mula berfikir yang dunia ini akhirnya ditinggalkan juga. Akhirnya kita akan berseorangan dan tiada teman..Dunia hanya terlalu sementara. Akhirnya amal juga yang kita cari sebagai bekalan..bukan wang, harta, rumah dan kereta besar dan sebagainya. Itu lah yang membelenggu pemikiran saya selepas kematian arwah dan sekarang masih memikirkannya kadang-kadang. Kematian arwah kakak memberi satu "wake up call" pada saya tentang alam berzakh..

Terbaru, bapa saudara suami saya telah meninggal kerana menghidapi Stroke. Selama 7 hari di tahan di hospital untuk pembedahan dan selepas itu berada dalam keadaan koma. Pada hari ke 7, arwah pergi untuk selama-lamanya.Kematian pakcik ini memanggil saya dan suami untuk lebih memberi perhatian terhadap isu kesihatan. Kata suami, stroke yang dihidapi pakciknya mungkin kerana oksigen tidak sampai ke otak. Oksigen tidak sampai ke otak pula, mungkin disebabkan oleh salur darah yang tersumbat atau pecah (menyebabkan pendarahan dalam otak).

Kematian ini sangat menginsafkan kami tentang betapa pentingnya anugerah kesihatan yang dikurniakan oleh Allah kepada kita. Kalau tidak, masakan perihal kesihatan turut diselit dalam "Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara"?


Bukan lah kerana saya menjual supplement, saya sengaja menulis isu ini. Jika seseorang pandai menjaga gaya hidupnya , baik dari segi pemakanan dan aktiviti seharian..kesihatan yang baik juga dapat dinikmati. Saya dan suami telah membuat resolusi untuk lebih menjaga pemakanan, mengurangkan makanan berminyak dan juga berkolestrol tinggi. Juga mengambil ubat atau makanan tambahan setiap hari.

Semua orang akan dijemput ke alam kematian, tapi sekurang-kurangnya dengan kesihatan yang baik, kita mampu untuk menambah nilai dalam hidup ini dan juga memberi manfaat kepada orang lain. Badan yg tidak sihat pula lebih cenderung untuk memberi bebanan, baik terhadap diri sendiri atau orang lain.







0 comments to “Wake Up Call ”

Post a Comment