Wednesday, July 17, 2013

Ostematrix

,


Assalamualaikum & Selamat semua :-)

Hari ni saya nak bercerita sikit pasal vitamin fevret saya dlm banyak2 vitamin Shaklee...Ok, sebab dh letak tajuk, dh letak gambar, so dh tak jadi rahsia lagi la, hehe..yezza, OSTEMATRIX lah vitamin yg dimaksudkan tu..

Sebelum tu kita cerita sikit pasal kandungan Ostematrix ni. Ostematrix ni bukan semata2 mengandungi Kalsium, malah Magnesium, Vitamin K, Boron. Zinc, Copper & Mangenese. Kesemuanya saling berkait rapat dalam fungsi utk mengekalkan kesihatan tulang dan gigi,  melancarkan fungsi otot, otak dan sistem saraf. (banyak lagi fungsinya, nanti kita share di post yg lain)

Alkisahnya, saya ni x suka minum susu. Bukan tak suka, tak boleh nak minum pun..pasal lps minum mesti geli tekak, nak kluar balik susu td. Pernah pregnancy yg sebelum ni suami sy belikan susu Anmum kalo x silap, perisa Vanilla lagi..tapi minta maaf banyak2 pasal mmg tak mampu nak telan langsung..sekali je cuba, pahtu dah tak dapek nak teruskan lagi..

Jadi kalau dulu, mmg Dr akan bagi pil kalsium sebagai pil tambahan sbb dh bgtau siap2 tak minum susu..jd makan je lah pil tu sbg pengganti susu...tapi tak dinafikan smpai ke hujung pregnancy , sakit belakang, simpul biawak tu mmg sentiasa jd kawan setia...

AlhamdulilLah kali ni memang saya ambik Ostematrix utk pregnancy ni, tapi start lambat sket , tak makan terus, masuk minggu ke 11 baru makan, pasal sblm tu sy ada masalah nak telan ubat..Memang spanjang tu sy sakit belakang, asyik mintak suami urut je kat blkg, byk hari sy terbaring aje, dan sy malu nak bgtau tp sy cakap juga, sepanjang 7 hari berpuasa tiap2 hari suami belikan lauk, saya cuma masak nasi aje, sbb x larat nak masak dn berdiri lama2..Kecuali masak utk sahur, sbb masa tu bdn tak letih mcm masa berpuasa..

Hari ke 6 berpuasa tu, masa sahur saya start ambik Ostematrix 1 biji, di samping supplement lain...masa tu keadaan saya masa siang hari lbh kurang sama jugak mcm biasa..masih letih, x larat, sakit badan..Hari ke 7, masa sahur sy up kan jd 2 biji...Guess what ??!! (ckp omputih sbb excited sgt)...Siang tu lah hr pertama sepanjang berpuasa ni sy jd sihat mcm biasa, letih berpuasa tapi x lah letih lesu mcm selalu, sakit badan pun sgt minima, tak mcm kebiasaannya..smpai sy wassap kwn2 bgtau sy sgt sihat hari ni, sbb happy sgt kan..Jd sy fikir, kalo sihat dh blh start masak balik ni...jadi, start dr puasa ke 8 sy dh mula memasak balik, Ayam Masak Lomak, Kacang Buncis Goreng, dan Sambal Belacan...Rasa happy sgt bila ada perubahan macam ni :-)

Teringat juga pada jiran saya , Kak Gee namanya..bberapa bulan lepas, tiba2 dia call bagitau nak order pil kalsium Shaklee..katanya Dr Aini dr Klinik Iddruss Paka ni yg suggest pada dia..Kak Gee ni dh makan pil kalsium dr klinik, tapi sakit badan dn sakit belakang tetap tak hilang..selain tu Kak Gee pun ada makan supplement dr jenama lain, tapi tak baik2 juga..Kalau tak silap, supplement yg dia beli tu harganya lebih kurang rm200 jugak lah..Jadi, sy cadang kan Kak Gee ambik Ostematrix dan Omega Guard, sesuai utk kesihatan tulang dan sendi...Lepas tu, tak berapa lama, sy update balik, Kak Gee kata AlhamdulilLah sakit sakit badan dia dh pulih, dan sy rasa happy sgt, bertambah2 suka sy pada si Ostematrix ni..

Jom kita baca jugak kata beberapa orang kawan pasal Ostematrix ni, semuanya dengan izin Allah jua..ALhamdulilLah :-)







Kalau sekiranya kawan2 ada tanda2 kekurangan kalsium seperti kerap sakit gigi, gusi berdarah, kejang otot, kuku rapuh, kebas kaki dan tangan, sakit badan...boleh lah ikhtiar dengan mencuba Ostematrix ni, harga nya tak mahal pun. Harga pasaran RM61.00 utk 120 biji (tdak tmasuk pos rm6) , tapi saya selalu bagi harga 'kawan2' saja pada semua customer saya..kalau nak tahu harga kawan2 tu blh lah kontek saya ya ;-) Insha Allah, belum cuba belum tahu, tak rugi pun kita melabur untuk kesihatan yang baik kan..

Senyum selalu, jumpa lagi..Assalamualaikum.

 

JUNAINAH MUDA
Shaklee Independent Distributor 907181
Sms/Wassap : 019-3559426







0 comments to “Ostematrix”

Post a Comment