Tuesday, June 17, 2014

Phytocol St Shaklee

,
Assalamualaikum &Selamat sejahtera.

Apa khabar readers semua hehe.


Baru-baru ni (7-8 June 2014) saya berkesempatan hadir ke Shaklee National Conference 2014 (NC) di Sunway Pyramid Convention Centre. Seronok! Itu saja yang mampu saya ungkapkan sebab dah lama tak attend program program macam gitu. Saya sendiri datang sebab nak ambik award untuk New Rank Achievement (nanti saya cerita lebih lanjut di entry lain). AlhamdulilLah ;-)


Masa NC tu juga supplement terbaru keluaran Shaklee, PHYTOCOL ST dilancarkan. Keluar di pasaran dah beberapa bulan tapi baru dilancarkan dan diberi penerangan khusus masa NC tersebut.


Apa yang menarik pasal PHYTOCOL ST ni ialah, ia di design khas untuk menghalang kolestrol daripada masuk ke salur darah. Jadi dah tentu ni satu berita gembira kan, lebih-lebih lagi untuk mereka yang ada high cholesterol atau mereka yang suka makan makanan asli Malaysia macam nasi lemak, gulai, roti canai dan banyak lagi. Saya sendiri pun suka sebenarnya hehe.


Orang yang kurus pun belum tentu kadar kolestrolnya ok (orang tak berapa kurus lebih-lebih lagi :-p). Bila kandungan kolestrol dalam tubuh tinggi, kebarangkalian untuk kita terdedah pada stroke, darah tinggi atau sakit jantung juga lebih tinggi.


Jom, kita semak dan perhalusi isu kolestrol ni dan bagaiman PHYTOCOL ST dapat membantu mengatasi kolestrol daripada terus berleluasa dalam badan kita.



Kolestrol

Setiap ciptaan Allah ni walaupun lalat tentulah ada fungsi dan sebab akan penciptaannya, begitu jugalah dengan kolestrol ni pun sebenarnya ada fungsi kepada badan kita. Kolestrol terhasil di hati & usus dan dari pemakanan, satu bahan yang lekit, seakan-akan lemak yang terdapat di dalam darah dan disetiap sel dalam badan anda.  Kolesterol ini berfungsi untuk menghasilkan hormon dan membentuk membran sel seterusnya dibawa ke seluruh badan manusia melalui plasma darah. Selain itu, kolesterol juga penting dalam pembentukan asid hempedu dan Vitamin D di dalam badan. Bagaimanapun, sekiranya paras kolesterol dalam darah anda terlalu tinggi kemungkinan anda menghadapi risiko tekanan darah tinggi, stroke dan penyakit jantung.




Kolestrol terhasil di hati dan dari pemakanan kita.


Ada 2 jenis kolestrol yang paling popular:

1. Kolesterol LDL (Lipoprotein berketumpatan rendah)

Kolestrol LDL adalah lemak yang jahat yang menimbun pada dinding dalam dari pembuluh darah, terutama pembuluh darah kecil yang membekalkan makanan, nutriendan oksigen ke jantung dan otak. Kolesterol LDL yang berlebihan akan menambahkan kolesterol dalam arteri anda (plak) dan kemungkinan menyebabkan penyakit jantung. Lebih tinggi paras LDL, lebih tinggi risiko anda untuk mendapat penyakit jantung. Itulah sebabnya kolesterol LDL sering kali dipanggil "Kolesterol Jahat".
2. Kolesterol HDL (Lipoprotein berketumpatan tinggi)
Kolestrol HDL dikenali sebagai "Kolestrol Baik" kerana ia berfungsi membersihkan dan mengangkut timbunan kolestrol dari dinding pembuluh darah ke hati untuk disingkirkan. 


Kesan daripada kolestrol tinggi dalam badan?
Apabila plak terbentuk pada arteri, ia akan menghalang pengaliran darah kerana saluran darah yang sempit. Apabila situasi ini berlaku hampir dengan organ penting di dalam badan terutamanya jantung, ia akan menyebabkan masalah serius berlaku malah boleh menyebabkan kematian. Apabila saluran darah berhampiran organ jantung menjadi semakin sempit, ia boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

Apabila arteri yang menyalurkan darah ke otak pula yang tersumbat, ia akan menyebabkan sesorang itu mengalami strok. Kedua-dua penyakit jantung dan strok ini boleh mengancam nyawa. Oleh itu, anda perlulah menjaga tahap kolesterol di dalam badan serta kandungan darah di dalam badan.

Kolesterol yang tinggi juga boleh menyebabkan artherosclerosis atau arteri menjadi keras. Apabila plak memenuhi arteri, dinding arteri menjadi keras dan rapuh. Ini bukan sahaja menghalang pengaliran darah, malah ia juga akan menyebabkan arteri pecah kerana terlalu rapuh dan ini akan menyebabkan darah menjadi beku di dalam badan.

Plak terbentuk pada salur darah


Bagaimana menurunkan kolestrol secara semulajadi & selamat?

1. Amalkan pemakanan seimbang, rendah lemak tepu dan tinggi serat larut.
2. Lakukan senaman dengan lebih kerap.
3. Menurunkan berat badan (berat badan ideal).
4. Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan penambahan fitosterol dalam diet harian untuk menurunkan kolestrol secara semulajadi.



Apa itu Fitosterol & bagaimana ia berkesan?

Fitosterol adalah sterol yang hanya terdapat pada tumbuh-tumbuhan sahaja. Secara semulajadi fitosterol ditemui di dalam sayur-sayuran, kekacang, buah buahan dan gandum. 


struktur kolestrol dan fitosterol (plant sterol) yang hampir sama


Struktur Fitosterol adalah hampir sama seperti kolesterol, dan dengan pengambilan fitosterol, ia akan bersaing dengan kolesterol untuk tapak penyerapan dalam sistem penghadaman.

Hasilnya, penyerapan kolesterol dihalang dan ia akan disingkirkan keluar bersama-sama fitosterol. Ini bermaksud, apabila anda mengambil lebih banyak fitosterol, maka semakin kurang kolesterol yang dapat diserap oleh tubuh dan semakin tinggi peluang untuk anda menurunkan paras kolesterol LDL.



Institut Kesihatan Kebangsaan Amerika (NIH) mengesyorkan pengambilan 2,000mg fitosterol dalam diet harian anda untuk menurunkan paras kolesterol secara semulajadi.


PHYTOCOL ST membantu membekalkan fitosterol pada anda !

Untuk mendapatkan sebanyak 2000mg Fitosterol dalam sehari, pemakanan yang harus diambil seperti di bawah..





Alamak..mana lah larat nak makan banyak2 macam tu. (Tapi bila fikir-fikir balik rupanya ni hikmah kita disuruh makan buah dulu sebelum makanan utama kan..SubhanalLah!)

Tapi, walau macam mana pun jangan bimbang, Phytocol ST Shaklee membantu memudahkan hidup anda, kerana 1 hidangan Phytocol ST bersamaan 2000mg fitosterol.


Antara kelebihan Phytocol ST juga ialah :-
☀ dirumuskan khas daripada sayur-sayuran, buah-buahan, tumbuhan, dan bijirin yang kaya dengan phytosterols asli yang aktif
☀ membekalkan 2,000mg phytosterols setiap hari
☀ membekalkan 100% nilai harian seperti yang disyorkan oleh NIH
☀ tiada bahan pengawet
☀ tiada perasa tiruan
☀ tiada pemanis tiruan


Sekiranya anda inginkan turunkan kolestrol dengan Phytocol-ST ini, anda boleh hubungi kami pada nombor yang tertera di bawah. Berapa harganya? Hanya RM197 sahaja untuk 120 biji! Atau boleh mendaftar sebagai ahli dan dapatkan harga produk 20% lebih murah. Tiada yang lebih berbaloi dengan harga kesihatan anda. Cegah sebelum terlambat.

 
Junainah Muda
019-3559426
tetamuju@gmail.com
facebook.com/SupplementCikJunainah
Read more →